31 May 2014

Ya, 'dia' Pelengkapku

Bismillahirrahmanirahim ...

Jika aku perlukan nikmat dunia,
cukuplah Islam itu sebagai nikmat hidupku.
Jika aku ingin menjadi asyik,
cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanku.
Jika aku mahukan pengajaran,
cukuplah alam barzakh itu sebagai pengajaran untukku.
Tapi aku hanya hamba-Nya yang kerdil.
Yang di dalam hati telah diberi rasa cinta pada kaum Hawa oleh-Nya.
Ya, aku perlukan dia untuk melengkapi tuntutan tabi'i seperti mana manusia lainnya.

+Tanpa kau sedar, aku telah sedari dulu menguncimu dalam hatiku.
Dan doaku selalu, agar Allah halalkanmu bagiku =)
  

+Kau juga tahu siapa dirimu.
   

30 May 2014

Ya Allah, ampunkan aku

Allah Allah Allah...

Pagi ini air mataku tumpah lagi. Dalam sujud aku mengharap pertolongan dari-Mu Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah andai air mata yang aku tumpahkan itu dari rasa berat dugaan-Mu. Aku akui kelemahan diri. Terasa lemah diri ini menumpahkan air mata kerana cinta dunia. Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku tewas dengan kenangan yang kembali menerjah. Aku belum cukup kuat. Belum teguh ketabahan. Ampunkan aku Ya Allah. Malu diri ini tersungkur angkara cinta dunia. Ya, aku tak mampu menipu diri sendiri. Ampunkan aku Ya Allah.

"Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapi kenangan. Aku tak tahu apa yang Kau rancangkan untukku. Maha Suci Mu Ya Allah, kembalikanlah dia padaku andai itu yang terbaik untukku. Sesungguhnya, pada Kau aku berharap. Kau Maha Mengetahui segalanya. Ampunkan segala dosa kami Ya Allah. Peliharalah kami, satukanlah kami Ya Allah. Ampunkan kami. Sesungguhnya Kau juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." 


-awiera-

Syakirah

Assalammualaikum ...

Saya tak tahu awak akan baca ni atau pun tidak. Moga Allah buka pintu hati awak untuk baca ni :

Benda penting awak hilang. Tapi, yakinlah ada hikmahnya nanti.Cuma satu je yang saya nak bagitahu kat sini. 
"Tak perlu folder untuk ingat semua memori lama. Pejamkan mata awak, tenangkan hati. InsyaAllah semua memori tu akan datang sendiri dan tak akan pernah pergi. Saya masih lagi disisi walau awak dah tak sudi. Maniskan senyuman macam selalu. Ingat saya tak pernah hilang dan pergi. Saya tahu awak kuat. Saya pun akan sentiasa kuat."

Saya sentiasa berdoa untuk ada dengan awak dan ciptakan folder lagi =) 


"Ya Allah , berilah aku kekuatan dan ketabahan. Teguhkan imanku di jalan-Mu. Amin."

22 May 2014

Malu

Bismillahirahmanirahim ...

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat lagi aku menulis di sini. 

Kali ini aku nak meluahkan rasa malu dengan saudara seagama denganku yang terang-terang mencemuh serta mempertikaikan para pejuang Islam (mujahidin). Apa kalian buta atau telah dibutakan? Tanpa berfikir kalian membidas para mujahidin yang membela dan menegakkan kebenaran. Mereka sanggup meninggalkan anak isteri dan keluarga kerana ingin berjuang di jalan Allah. Kenapa ada di antara kita yang melabel mereka sebagai pengganas dan pelampau? Tidakkah kalian tahu yang mereka itu berjuang tanpa ada terselit agenda politik seperti mana kalian yang mempolitikkan sesuatu perjuangan ketika bersembang di kedai kopi? Kejamkah mujahidin? Apa kalian tidak tahu bagaimana zalimnya musuh-musuh Islam terhadap saudara-saudara kita di sana (Syria/Palestin)? Sudah-sudahlah kita beromong kosong. Fikirlah sejenak. Siapa lagi yang hendak membela agama Islam kalau bukan kita sendiri. Bantulah saudara-saudara kita dengan apa yang termampu. Doakanlah kemenangan tentera-tentera Islam. Allahuakhbar !!! Allahuakhbar !!! Allahuakhbar !!!  




18 May 2014

Melaksanakan Tugas Sebagai Hamba

InsyaAllah





"Demi Masa ! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang;
1)Beriman dan beramal soleh,
2)Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran,
3)Serta berpesan-pesan dengan sabar."
-Surah Al-'Asr


Persinggahanmu Di Sana

Sinar mentari mengiringi
Perjalananmu menuju teduhan abadi
Kesayuan terasa dihati

Tawamu bingkisan memori

Pelukanmu lakaran ilusi
Kehadiranmu mainan mimpi

Takdir Tuhan yang telah tertulis

Tak mampu kita untuk menepis

Air mata di hamparan perkuburan

Saksi putus sebuah ikatan
Hanya doa yang ku kirimkan

Potretmu dibingkaian kenangan

Persinggahanmu coretan kehidupan
Tenanglah jasad kakumu di bawah pacakan nesan
Semoga kau terus dirahmati Tuhan

Di kotak ingatanku , kau takkan ku lupakan ...


( Al-Fatihah buat Allahyarhamah Aliya , Allahyarhamah Zuraidah & Allahyarham Rosman )